TULIS WASIAT ANDA DENGAN MUDAH

Mudah dan Murah

Wasiat inovatif yang mampu milik di pasaran

Proses Mudah Langkah Demi Langkah

Lengkap dengan video tutorial untuk setiap bahagian

Wasiat Digital Yang Sah 100%

Perisian kami menghasilkan Wasiat yang komprehensif dan 100% sah

10 Minit Untuk Melengkapkan Wasiat

Proses yang ringkas dan mudah membolehkan anda untuk menghasilkan Wasiat yang sah dalam masa 10 minit

Diluluskan oleh Pakar

Ditulis dan diluluskan oleh panel peguam dan perancang hartanah yang berpengalaman

Wasiat Shariah dan Wasiat Konvensional

Wasiat Syariah Al Yusra dan Wasiat Konvensional Sterling

TIADA APA YANG MERUGIKAN ANDA

Sertai revolusi Wasiat digital, tiada yang lebih mudah daripada ini!

SEBAB-SEBAB SESEORANG TIDAK MEMPUNYAI WASIAT

Kos, Kerumitan & Kebimbangan

Kos yang tinggi, proses yang rumit dan bimbang jika berlaku kesalahan

Kurang Pengetahuan Mengenai Wasiat

Tidak pasti dari mana harus mulakan dan tidak sedar akan akibat jika tidak mempunyai Wasiat

Tiada Apa Untuk Diwasiatkan

Beranggapan bahawa tiada harta untuk ditinggalkan atau umur masih terlalu muda

MASALAH YANG TIMBUL JIKA TIDAK MEMPUNYAI WASIAT

Konflik Kekeluargaan

Tiada wasiat boleh menimbulkan konflik dikalangan ahli keluarga dan benefisiari-benefisiari

Aset Beku

Kerajaan Malaysia memegang RM70 bilion dalam aset beku disebabkan wang yang tidak dituntut

Pertikaian Undang-Undang

Mempunyai wasiat boleh mengelakkan pertikaian undang-undang dikalangan ahli keluarga yang menyebabkan proses yang lama dan kos yang mahal

Pengagihan Aset

Tanpa wasiat, anda tidak boleh memilih bagaimana aset anda akan diagihkan bagi Non muslim (mengikut Akta Wasiat), bagi Muslim tidak boleh mewasiatkan 1/3 dari harta mereka

Membuat Wasiat Yang Sah

Hanya 3 langkah dengan proses yang mudah

1. DAFTAR

Mendaftar dengan melengkapkan butiran peribadi (nama, alamat emel dan kata laluan)

2. LENGKAPKAN MAKLUMAT ANDA

Buat Wasiat anda dengan melengkapkan maklumat penting di setiap bahagian dengan mengikuti langkah mudah di skrin anda

3. BAYAR DAN CETAK

Buat pembayaran untuk wasiat anda di halaman semak keluar dan tandatangani bersama dua orang saksi

Al Yusra - Wasiat Syariah

Wasiat Al Yusra ditulis oleh sarjana Muslim yang dihormati & diperakui patuh Syariah oleh Masryef Management House dan mematuhi sepenuhnya Akta Wasiat 1959


Beberapa Ciri Utama

  • Algoritma Faraid unik yang sepenuhnya berpandukan Al-Quran
  • Benefisiari Tambahan - Maksimum satu pertiga dari harta anda
  • Aset & Sedekah - Merangkumi hadiah seperti hartanah, wang atau apa sahaja
  • Buat peruntukan untuk kewajipan yang tidak ditunaikan

Sterling - Wasiat Konvensional

Wasiat Sterling adalah 100% sah & dibangun oleh pakar undang-undang dan perancang hartanah yang arif dengan undang-undang perancangan harta tanah serta mematuhi Akta Wasiat 1959


Beberapa Ciri Utama

  • Pilih bahasa yang ingin digunakan di laman sesawang dan juga pada Wasiat anda
  • Senaraikan sehingga 4 pentadbir pada klausa 'pemegang amanah' yang disediakan
  • Tinggalkan hadiah yang kompleks seperti perniagaan, saham atau hartanah
  • Tambah benefisiari tambahan - Apabila lebih daripada seorang benefisiari disenaraikan, anda boleh pilih untuk membahagi secara sama rata atau mengikut peratusan

Sertai Revolusi Digital Algoritma Faraid

Ciri Anti Penipuan Yang Unik

3 Langkah Mudah

Tuliskan kod unik Wasiat anda pada sekeping kertas - Ambil gambar anda memegang kod tersebut - Gambar dan kod tersebut akan dipaparkan di dalam Wasiat anda

KETAHUI LEBIH LANJUT

Algoritma Faraid Unik

Proses Automatik Sepenuhnya

Senaraikan benefisiari - Algoritma Faraid Unik kami akan mengira peratusan pembahagian seperti yang tertera di dalam Al Quran

KETAHUI LEBIH LANJUT

MAMPU MILIK UNTUK SEMUA ORANG


Pilih untuk membuat Wasiat Konvensional Sterling atau Wasiat Syariah Al Yusra selepas selesai mendaftar akaun. Dengan hanya beberapa klik sahaja, anda boleh memiliki Wasiat yang sepunuhnya sah dari segi undang-undang samaada dengan undang-undang tempatan atau undang-undang Syariah. Direka dengan kerjasama peguam terkemuka dan pakar syariah, platform kami memberi anda kebebasan untuk meninggalkan hadiah dan warisan kepada mereka yang paling berharga bagi anda di bahagian tertentu. Semua perubahan yang anda lakukan akan disimpan dengan selamat pada pelayan kami.

Kini, anda boleh meninggalkan perwarisan anda kepada orang yang tersayang hanya dari rumah kediaman anda.

Sebelum ini, untuk membuat Wasiat yang tepat dan sepenuhnya sah mengikut undang-undang syariah dan undang-undang negeri adalah rumit dan mahal. Kami telah memanfaatkan teknologi atas talian dan gabungan dari minat dan semangat kami untuk menjadikan ia mudah dengan membawa kepada anda penyelesaian yang membolehkan pengemaskinian percuma untuk Wasiat Sterling dan Wasiat Al Yusra! Kami juga menyediakan beberapa dokumen secara percuma,oleh itu, sekiranya anda berkahwin semula, mendapat ramai anak, atau membeli rumah lain, wasiat Al Yusra dan Wasiat Sterling anda akan turut berubah sesuai keadaan semasa.

ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu